Monday, March 2, 2015

BERITA : Berita-berita sepanjang bulan Februari dan Awal Mac

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Bulan Februari merupakan bulan yang penuh dengan aktiviti.Walapun demikian, guru-guru sentiasa bersemangat bagi memastikan program yang dirancang berjalan dengan baik.Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang bulan Februari ialah :

1-Mesyuarat Agung PIBG (28 Februari 2015)
-Alhamdulillah, mesyuarat berlangsung dengan baik dan mendapat sokongan dari ibu bapa dan penjaga.

2-Sukantara (25-27 Februari 2015)
-Alhamdulillah, sukantara bagi murid tahun 4,5 dan 6 berjaya dilaksanakan.Antara acara sukantara yang berlangsung ialah larian 80m, lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi.Dalam sukantara ini, guru-guru dapat melihat seterusnya memilih peserta-peserta yang layak dan berbakat untuk bertanding dalam acara akhir nanti.

3-Motivasi Pengawas (14 Februari 2015)
-Alhamdulillah, kem motivasi pengawas telah dijalankan pada tarikh ini.Program ini bertujuan memantapkan lagi badan pengawas yang merupakan nadi disiplin di sekolah.Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat disiplin sekolah, tatacara berpakaian, cara menaikkan bendera serta taklimat bidang tugas pengawas.Semoga badan pengawas lebih mantap pada tahun ini.

4-Majlis Watikah Pelantikan Pengawas (16 Februari)
-Pada tanggal ini, pengawas-pengawas SKPI telah diberikan watikah sebagai tanda serahan tugas dan amanah.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu-lagu rasmi dan ikrar pengawas.Pihak polis telah dijemput untuk memberikan suntikan motivasi serta menyampaikan watikah kepada pengawas.Semoga murid-murid yang dilantik menjadi pengawas akan menjadi murid yang unggul dari aspek sahsiah dan akademik.

5-Pertandingan Fotografi sempena hari wilayah di Taman Wetland Putrajaya (28 Februari 2015)
-Alhamdulillah, seramai 8 orang murid terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan ini.Untuk makluman, setiap tahun sekolah akan menghantar beberapa orang murid menyertai pertandingan ini.Selain mencungkil bakat, peserta dapat didedahkan dengan teknik-teknik fotografi yang betul.Namun pada tahun ini, tiada wakil peserta yang mendapat hadiah.Tahniah diucapkan atas penyertaan.

6-Sukan Permainan
-Alhamdulillah, pihak sekolah telah menghantar beberapa orang murid untuk pertandingan sepak takraw, badminton dan bola baling.Perlawanan persahabatan bola sepak juga telah diadakan.Murid-murid SKPI tampak menyerlah dalam sukan bola baling yang mana beberapa orang murid telah terpilih mewakili daerah dan negeri.Di peringkat negeri, pasukan bola baling telah mendapat tempat ke-2.Tahniah diucapkan.

7-Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal TKRS (3-4 Mac 2015)
-Alhamdulillah, pihak sekolah telah menghantar 2 orang murid untuk mengikuti kursus kenaikan pangkat Lans Koperal dan Koperal TKRS di SMK Shah Alam.Mudah-mudahan murid yang menyertai ini akan lebih bersemangat dan menjadi pemimpin yang berwibawa di SKPI.

*Gambar-gambar aktiviti boleh dilihat dilaman facebook kami.


0 comments:

Laman Facebook

Guru Besar

Guru Besar
NIK SUHAIDA BINTI RAZAK

Penolong Kanan Pentadbiran

Penolong Kanan Pentadbiran
NOR HAMIZAR BINTI ISMAIL

Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan HEM
MOHD ROSDI BIN ZAINAL ABIDIN

Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Kokurikulum
ZAINATUNAKMAR BINTI ABDUL MANAP

Penolong Kanan Petang

Penolong Kanan Petang
NOOR AZLINA BINTI NAWI

Hubungi Kami

*Untuk pertanyaan@aduan berkaitan persekolahan dan aktiviti, sila hubungi pihak sekolah menggunakan talian di bawah :

Tel : 03-80682745
Faks : 03-80685603