Saturday, November 21, 2015

Selamat bercuti kepada semua!


Kami mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SKPI.Manfaatkan cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat! Jaga keselamatan diri dan bantu ibu bapa dirumah!.Semoga kita bertemua lagi pada tahun hadapan! Selamat bercuti!

21 November 2015 - 3 Januari 2016

Sehingga bertemu lagi pada
Isnin 4 Januari 2016!

Tuesday, November 17, 2015

Majlis Anugerah Cemerlang 2015 dan Graduasi Prasekolah


Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah akan diadakan pada 18 November 2015.Ini merupakan program penutup bagi setiap sesi persekolahan dimana pihak sekolah memberi penghargaan kepada murid-murid yang mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.Majlis ini merupakan suntikan motivasi kepada anak-anak, guru-guru dan juga ibu bapa agar sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam setiap bidang yang diceburi.Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua!

Saksikan video pelancaran MAC SKPI 2015!

UPSR 2015 20 orang mendapat 5A


Alhamdulillah, syukur pada Ilahi.Pada tahun ini, jumlah yang mendapat keputusan 5A meningkat kepada 20 orang.Tahniah buat yang berjaya.Tahniah juga buatsemua murid tahun 6 kerana telah menunjukkan usaha yang bersungguh.Kejayaan masih banyak untuk diraih pada masa depan.Teruskan usaha.Semoga anda semua terus cemerlang dan menjadi anak yang soleh dan solehah!

Gambar-gambar boleh dilihat pada pautan dibawah:

Gambar sekitar keputusan UPSR 2015

Monday, November 9, 2015

Kejayaan SKPI


Alhamdulillah, SKPI banyak meraih kecemerlangan khasnya dalam bidang ko-akademik dan bidang sukan.Kejayaan ini adalah berkat tunjuk ajar guru-guru yang juga cemerlang dalam bidang masing-masing.SKPI mengucapkan tahniah kepada semua.Semoga siri-siri kejayaan ini memberi suntikan motivasi kepada murid lain untuk mencapai kecemerlangan.Tahniah!

Laman Facebook

Guru Besar

Guru Besar
NIK SUHAIDA BINTI RAZAK

Penolong Kanan Pentadbiran

Penolong Kanan Pentadbiran
NOR HAMIZAR BINTI ISMAIL

Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan HEM
MOHD ROSDI BIN ZAINAL ABIDIN

Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Kokurikulum
ZAINATUNAKMAR BINTI ABDUL MANAP

Penolong Kanan Petang

Penolong Kanan Petang
NOOR AZLINA BINTI NAWI

Hubungi Kami

*Untuk pertanyaan@aduan berkaitan persekolahan dan aktiviti, sila hubungi pihak sekolah menggunakan talian di bawah :

Tel : 03-80682745
Faks : 03-80685603