Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Pihak kami mengucapkan tahniah dan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid.Selamat datang juga kepada murid tahun 1 dan prasekolah.Ingatlah kata-kata ini.
"Kami datang dengan harapan dan
kami pulang dengan kejayaan"
Semoga sesi persekolahan 2015 ini memberi kita motivasi dan semangat untuk terus menuntut ilmu.Bagi ibu bapa, tentunya ingin melihat anak-anak berjaya dengan cemerlang.Baik dari sudut sahsiah mahupun akademik.Sama-sama kita tunjukkan pekerti dan tauladan yang mulia kepada mereka.Kami senaraikan beberapa ingatan penting untuk anak-anak.Disamping itu juga menjadi panduan kepada kita ibu bapa dan guru dalam mendidik dan mengurus keperluan anak-anak ini.
Senarai semak murid :
1-Bangun awal dan solat Subuh.
2-Berpakaian kemas.
3-Sarapan atau mengambil sedikit makanan sebagai sumber tenaga untuk belajar.
4-Datang awal ke sekolah.
5-Memberi ucapan selamat kepada guru dan rakan setibanya di sekolah.
6-Isi masa dengan membaca sementara menunggu loceng berbunyi.
7-Fokus di dalam kelas.
8-Menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah yang diberi.
9-Sentiasa mengikut peraturan sekolah.
10-Sentiasa menghormati guru.
11-Tunjukkan kepada ibu bapa kerja-kerja rumah dan juga surat-surat makluman.
12-Sentiasa berfikiran positif dan yakin.
13-Tanamkan dalam diri bahawa anda adalah anak yang cemerlang.
Itulah serba sedikit senarai yang kami rasakan penting.Ibu bapa dan guru boleh menambah baik keperluan-keperluan ini.
Selamat Kembali ke Sekolah!
0 comments:
Post a Comment