Friday, January 23, 2015

Makluman : NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-13 SK PUCHONG INDAH


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Ibu bapa dan penjaga yang dihormati.Notis mesyuarat agung tahunan pibg kali ke-13 telah pun diedarkan kepada semua murid beserta keratan jawapan dan usul.Sila kembalikan keratan jawapan sebelum atau pada hari Rabu 28 Januari 2015 kepada setiausaha PIBG atau guru kelas.Sila rujuk notis yang telah diedarkan.

Tarikh : 28 Februari 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKPI

Kehadiran tuan puan ke mesyuarat ini amatlah diharapkan demi meningkatkan peranan PIBG dan kemajuan sekolah.

Terima kasih.


Aktiviti : Program Maju Diri (PMD), Ujian Diagnostik Tahun 6, Bacaan Yasin, Perjumpaan Unit Kokurikulum dan Transisi Tahun 1 (21 Gambar)

Alhamdulillah sepanjang minggu ini, beberapa program selesai dilaksanakan dan ada yang akan disambung ke minggu hadapan.Antara program yang dijalankan ialah ;

1-Program Transisi Tahun 1.
-Program ini merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu.

2-Ujian Diagnostik UPSR  Tahun 6.
-Mengesan kelemahan murid dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

3-Perjumpaan Unit-unit Kokurikulum (Kelab dan Persatuan, Permainan dan Unit Beruniform).
-Bertujuan melantik Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan juga wakil-wakil bagi setiap tahun.

4-Bacaan Yasin.
-Merupakan amalan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2014 pada setiap pagi Jumaat.Ia merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran di mana murid dan guru dapat memperbaiki bacaan al-Quran selain memantapkan rohani mereka.

5-Program Maju Diri (PMD).
-Program ini dirancang khusus untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri di kalangan murid-murid Tahap Dua.

Kami kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil :






















Thursday, January 22, 2015

Sunday, January 18, 2015

Friday, January 16, 2015

Makluman : Jadual Ujian Diagnostik UPSR 2015

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Kami ingin memaklumkan bahawa Ujian Diagnostik UPSR untuk tahun ini akan diadakan mulai hari Isnin 19 Januari hingga Rabu 21 Januari 2015.Sila rujuk gambar di atas.Sehubungan itu, kami memohon agar setiap murid tahun 6 bersedia untuk ujian ini.

Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang program berbentuk pemulihan dan sebagainya.

Harap maklum.

Thursday, January 15, 2015

Aktiviti : Kejohanan Merentas Desa 2015 kali ke-14


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Pihak sekolah akan mengadakan kejohanan merentas desa seperti butiran di bawah :

Tarikh : 
-Jumaat 16 Januari 2015 (Larian Percubaan untuk mengenal trek)
-Sabtu 17 Januari 2015 (Kejohanan Merentas Desa)
Masa : 7.30 pagi 
Tempat : Sekitar kawasan perumahan Taman Puchong Indah (sila rujuk peta laluan di bawah).
Sasaran : Semua murid sesi pagi sahaja (tahun 4,5 dan 6).

Surat makluman dan juga maklum balas daripada ibu bapa juga telah diedarkan kepada murid.




Objektif Program :

  1. Meningkatkan kebolehan, kemahiran, dan bakat murid.
  2. Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid.
  3. Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.
  4. Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat di dalam bidang sukan.
  5. Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
  6. Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
  7. Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.
Peta laluan merentas desa :


Wednesday, January 14, 2015

Makluman : Muat Turun Buku Peraturan Sekolah


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.Ibu bapa/penjaga kini boleh memuat turun buku peraturan sekolah.Sila muat turun menggunakan pautan di bawah.Sebelum muat turun, sila baca peringatan di bawah ini dengan teliti :

*Peringatan penting :

Buku ini hanya menerangkan beberapa peraturan asas yang diamalkan di sekolah.Pihak sekolah berhak meminda atau menambah peraturan-peraturan lain yang dirasakan perlu dan penting kepada murid.Setiap pindaan dan tambahan akan diberitahu kepada murid dari semasa ke semasa.Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut.Terima kasih.


Tuesday, January 13, 2015

Makluman : Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100


Assalamualaiku wbt dan selamat sejahtera.
Ibu bapa / penjaga yang dihormati.
Dimaklumkan bahawa surat Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2015 telah diedarkan kepada semua murid.Mohon ibu bapa dan penjaga merancang masa untuk mengambil wang tersebut mengikut waktu yang ditetapkan.Sila bawa dokumen yang diperlukan :

i-Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
ii-Surat beranak anak.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak sekolah.Terima kasih.

Monday, January 12, 2015

Makluman : Jadual Kelas



Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.Untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga mengurus jadual pelajaran anak-anak di sekolah, kami telah sediakan pautan supaya jadual ini mudah dilihat dan boleh dicetak terus.Kami harapkan, pembelajaran anak-anak selepas ini lebih berkesan.Ibu bapa boleh merujuk jadual kelas anak masing-masing melalui laman web seperti tertera di atas.Sila ke bahagian Pengurusan>Kurikulum>Jadual Pagi/Jadual Petang.Untuk capaian lebih pantas, kami sediakan pautannya di bawah :

*Jadual ini boleh dilihat menggunakan perisian mozilla firefox jika menggunakan 'Smart Phone' dan boleh dilihat seperti biasa menggunakan laptop atau komputer.

-Jadual kelas sesi pagi
-Jadual kelas sesi petang

Semoga membantu!


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Pihak kami mengucapkan tahniah dan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid.Selamat datang juga kepada murid tahun 1 dan prasekolah.Ingatlah kata-kata ini.

"Kami datang dengan harapan dan
kami pulang dengan kejayaan"

Semoga sesi persekolahan 2015 ini memberi kita motivasi dan semangat untuk terus menuntut ilmu.Bagi ibu bapa, tentunya ingin melihat anak-anak berjaya dengan cemerlang.Baik dari sudut sahsiah mahupun akademik.Sama-sama kita tunjukkan pekerti dan tauladan yang mulia kepada mereka.Kami senaraikan beberapa ingatan penting untuk anak-anak.Disamping itu juga menjadi panduan kepada kita ibu bapa dan guru dalam mendidik dan mengurus keperluan anak-anak ini.

Senarai semak murid :
1-Bangun awal dan solat Subuh.
2-Berpakaian kemas.
3-Sarapan atau mengambil sedikit makanan sebagai sumber tenaga untuk belajar.
4-Datang awal ke sekolah.
5-Memberi ucapan selamat kepada guru dan rakan setibanya di sekolah.
6-Isi masa dengan membaca sementara menunggu loceng berbunyi.
7-Fokus di dalam kelas.
8-Menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah yang diberi.
9-Sentiasa mengikut peraturan sekolah.
10-Sentiasa menghormati guru.
11-Tunjukkan kepada ibu bapa kerja-kerja rumah dan juga surat-surat makluman.
12-Sentiasa berfikiran positif dan yakin.
13-Tanamkan dalam diri bahawa anda adalah anak yang cemerlang.

Itulah serba sedikit senarai yang kami rasakan penting.Ibu bapa dan guru boleh menambah baik keperluan-keperluan ini.

Selamat Kembali ke Sekolah!

Friday, January 9, 2015

Makluman : Laluan Kenderaan Semasa Sesi Persekolahan

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Bagi meningkatkan lagi keselamatan dan kelancaran trafik semasa sesi persekolahan, PIBG dan pihak sekolah telah membuat satu ketetapan bahawa jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Puchong Indah akan dijadikan laluan sehala untuk waktu-waktu tertentu.Mohon ibu bapa dan juga pihak pengangkutan merancang perjalanan serta mengambil maklum waktu-waktu ini demi keselamatan anak-anak dan kelancaran trafik.

Sila rujuk peta di bawah untuk lebih memahami.Sama-sama kongsikan maklumat ini agar peraturan ini dapat dipatuhi dengan berkesan.Terima kasih.


Papan tanda di bawah akan diletakkan di simpang masuk Jalan Indah 2/5.Harap maklum.


Saturday, January 3, 2015

Siaran : PEMALSUAN BERITA MENGENAI PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.Berikut adalah kenyataan media Ketua Pengarah KPM pada 2 Januari 2015 mengenai pemalsuan berita mengenai penangguhan sesi persekolahan selama sebulan.Semoga warga SKPI berhati-hati terhadap maklumat-maklumat yang mudah tersebar dalam media sosial.Mohon selidik dahulu sebelum sebar.Terima kasih.


Sumber :
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4567

BULAN RABI'UL AWWAL BULAN KELAHIRAN RASULULLAH SAW


Alhamdulillah.Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam.Kita berada pada bulan Rabi'ul Awwal yang mana merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam mengikut pendapat jumhur (majoriti) ulama.

Sebagai tanda cintanya kita kepada baginda, marilah sama-sama kita banyakkan berselawat ke atas nabi.

Lafaz yang paling baik adalah : Selawat Ibrahimiah atau yang kita baca ketika tahiyyat akhir.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Manakala lafaz yang paling ringkas ialah :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:

1.  Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4.  Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Arahan Membaca Selawat

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya berselawat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu sangat utama.

Kelebihan Selawat:

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:


«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»


“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” 
[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:


(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)

Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih].


Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Rujukan :

http://www.abuanasmadani.com/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan-lafaz-yang-sahih/





Friday, January 2, 2015

Aktiviti : HARI ORIENTASI TAHUN SATU DAN PRASEKOLAH SESI 2015



Alhamdulillah, Hari Orientasi Tahun 1 & Prasekolah 2015 dapat berjalan dengan baik dan teratur.Jam 7.30 pagi, kelihatan ibu bapa memimpin anak-anak masuk ke kawasan sekolah untuk pendaftaran.Berpakaian baru, kemas, bersemangat dan gembira.Itulah yang dapat dilihat pada wajah anak-anak ini.Kehadiran sangat memuaskan.Pada tahun ini, SKPI menerima murid tahun 1 seramai 489 orang.Kelas yang dibuka pula sebanyak 11 kelas.Manakala prasekolah seramai 50 murid orang untuk 2 kelas.

7.30 pagi - 9.00 pagi : Ibu bapa datang dan melihat senarai nama untuk tujuan pendaftaran.Selepas ke meja pendaftaran, mereka duduk di dewan mengisi dokumen-dokumen berkaitan sambil menunggu sesi taklimat.

9.00 pagi-11.00 pagi : Sesi taklimat untuk ibu bapa murid tahun 1 dan prasekolah bermula.Manakala anak-anak dibawa oleh guru ke kelas-kelas untuk ujian saringan.

11.00 pagi : Ibu bapa pergi ke kelas anak-anak untuk menerima buku teks dan membayar keperluan berkaitan persekolahan.

Sama-sama kita doakan agar anak-anak ini menjadi manusia hebat yang mampu memimpin agama, bangsa dan negara pada masa depan, InsyaAllah.Kami kongsikan beberapa keping gambar di bawah.Sebelum itu, saksikan video ini.Kompilasi gambar-gambar sepanjang program orientasi yang dijalankan.



* Kenangan Hari Orientasi 2011.Dulu mereka berada di tahun 1.Tahun 2015, kini mereka sudah berada di tahun 5.Cepat sungguh masa berlalu.Saksikan video ini.

Laman Facebook

Guru Besar

Guru Besar
NIK SUHAIDA BINTI RAZAK

Penolong Kanan Pentadbiran

Penolong Kanan Pentadbiran
NOR HAMIZAR BINTI ISMAIL

Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan HEM
MOHD ROSDI BIN ZAINAL ABIDIN

Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Kokurikulum
ZAINATUNAKMAR BINTI ABDUL MANAP

Penolong Kanan Petang

Penolong Kanan Petang
NOOR AZLINA BINTI NAWI

Hubungi Kami

*Untuk pertanyaan@aduan berkaitan persekolahan dan aktiviti, sila hubungi pihak sekolah menggunakan talian di bawah :

Tel : 03-80682745
Faks : 03-80685603